JUN 2023

Hasrat Sarawak Untuk Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Kepada Kerajaan Negeri Sarawak


Mendengar taklimat daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan para pegawainya mengenai hasrat Sarawak untuk penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching, petang ini tadi. 

Datuk Amar Douglas Uggah adalah juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki;  Peguam Besar Negeri Sarawak,  Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, Dato Sri JC Fong.

Sumber dari : Fadillah Yusof